Tuesday, May 10, 2011

Pelan Tindakan Strategik / Taktikal / Operasi Kokurikulum

1.0 Pendahuluan

Dalam usaha bagi merealisasikan pendidikan dan pembangunan modal insan yang cemerlang, antara pendekatan dilaksanakan ialah menyediakan satu kerangka perancangan strategik untuk melaksanakan mandat kerajaan melalui penjelasan visi dan misi, menganalisa persekitaran, pemilihan fokus keutamaan, matlamt, petunjuk prestasi utama (KPI), penetapan sasaran, objektif, menjana strategi dan pelan pelaksanaan strategi.

Perancangan strategik bertujuan :

i. Membolehkan sesebuah organisasi mengkaji persekitaran di mana ia wujud dan beroperasi.
ii. Membolehkan organisasi meneroka faktor- faktor dan arah aliran yang akan memberi kesan terhadap peranan mereka
iii. Mampu memenuhi mandat dan misi organisasi
iv. Mampu mengenalpasti isu- isu strategik yang perlu ditangani
v. Menjulang dan mengekalkan organisasi di tahap kegemilangan. Ini akan dapat dilakukan apabila perancangan strategik yang dibina adalah ”action oriented” serta dihubungkait dengan pelan taktikal dan pelan operasi.

2.0 Dasar Kokurikulum
Membantu sekolah dalam menghasilkan pelajar yang sihat, proaktif, kreatif, berdisiplin, bersatu padu, mengamalkan budaya persaingan dan mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan sentiasa berusaha ke arah mencipta kejayaan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kurikulum.

Dasar ini akan dilaksanakan melalui :

i. Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib, (Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 {Akta 550}). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya (Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan jika kesalahan secara berterusan , maka apabila disabitkan sedemikian, sesaorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (Subseksyen 135(2) Akta 550)

ii. Setiap pelajar mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu satu gerak kerja pakaian seragam (Pasukan Badan Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.

iii. Penyertaan semua guru bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.

iv. Mengggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

v. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan FPK dan Perlembagaan Negara.

vi. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu, kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

v. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan atau memanfaatkan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat.


3.0 Visi Kokurikulum

Melahirkan warga sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kokurikulum berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment