Tuesday, May 10, 2011

PELAN TINDAKAN STRATEGIK/TAKTIKAL/OPERASI

1. Pendahuluan

Pada era ini, pendidikan yang cemerlang memang menjadi tanda aras untuk sesebuah sekolah. Dengan ini, Kerajaan telah memperuntuk sejumlah wang yang banyak bagi merealisasikan pendidikan selaras dengan kehendak masa kini iaitu pembangunan modal insan. Untuk memastikan pelaksanaan dan ’viable’, pelbagai pendekatan telah dicadangkan di antaranya ialah Pelan Pembangunan Sekolah atau School Development Planning. Selain itu, Kementeria Pelajaran telah melancarkan PIPP bagi mengawal sistem pendidikan berpusat. Untuk mereliasasikan matlamat tersebut, pihak Pengurusan Hal Ehwal Murid telah merangka beberapa strategi serta program bagi memenuhi tuntutan dan harapan pihak sekolah dalam menangani isu-isu yang berkaitan pelajar.. Diharapkan dengan adanya perancangan strategik serta program yang dirangka dan dijalankan akan memartabatkan diri pelajar setaraf dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

2. OBJEKTIF KECEMERLANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID:

· Melahirkan pelajar yang cemerlang tidak dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah juga cemerlang.
· Membangunkan modal insan yang berakhlak mulia dengan senantiasa mengamalkan
nilai-nilai murni.
· Warga sekolah yang dapat menghayati semangat patriotisme dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
· Melahirkan pelajar yang menyintai dan sayangkan sekolahnya dan sekaligus mengurangkan
gejala ponteng sekolah dikalangan murid.
· Memupuk nilai sayangilah diri sendiri khusus dari segi kesihatan untuk membanteras
kegiatan merokok dan penyalahgunaan dadah.
· Menjadikan asrama seperti rumah sendiri dengan menyayangi harta benda asrama seperti
barangan sendiri.


Perancangan strategik bertujuan :

1. Membolehkan sesebuah organisasi mengkaji persekitaran di mana ia wujud dan beroperasi
2. membolehkan organisasi meneroka faktor- faktor dan arah aliran yang akan memberi kesan terhadap peranan mereka
3. mampu memenuhi mandat dan misi organisasi
4. mampu mengenalpasti isu- isu strategik yang perlu ditangani
5. menjulang dan mengekalkan organisasi di tahap kegemilangan. Ini akan dapat dilakukan apabila perancangan strategik yang dibina adalah ”action oriented” serta dihubungkait dengan pelan taktikal dan pelan operasi.














Latar belakang Unit Hal Ehwal Pelajar

Pengurusan Hal-Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di SMK MAK LAGAM. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana pelajar-pelajar merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Oleh itu untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (Pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya pelajar-pelajar.







1. Fasa 2- Hala Tuju: Misi, Visi & Visi dan Misi Implisit

a. Visi Unit Hal Ehwal Murid
Melahirkan warga sekolah yang gemilang terbilang dalam pencapaian sahsian diri berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

b. Misi Unit Hal Ehwal Murid

Meningkatkan kecekapan dan kebekesanan aktiviti dalam membangukan modal insan berkualiti.

c. Piagam Pelanggan

Kami guru- guru penasihat Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam dengan penuh kesedaran dan dedikasi akan menjamin dan memastikan bahawa semua pelajar:

2.4.1 Berperibadi mulia, bijaksana dan berkebolehan di bidang jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.4.2 Memberi kasih sayang seadilnya kepada para pelajar dengan cara mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar.
2.4.3 Menjalin hubungan mesra dengan ibu bapa
2.4.4 Memupuk permuafakatan dengan masyarakat sekeliling dengan mengambil kira pelbagai budaya dan agama
2.4.5 Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pihak
2.4.6 Menjayakan pengurusan persekitaran yang mesra alam dan hijau

No comments:

Post a Comment