Tuesday, May 10, 2011

TM Di HATIKU..






















-Terima Kasih Diucapkan Kepada TM Kerana Telah Menganjurkan Kursus&Pertandingan Cool Blog in

PRAKATA Pengetua TESMaL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka SMK Mak Lagam telah dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) fasa 5 pada tahun ini. Hasrat untuk mewujudkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi adalah sejajar dengan hasrat 1 Malaysia iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pemilihan SMK Mak Lagam sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi diharapkan mampu meningkatkan kualiti pencapaian sekolah dalam semua bidang yang diceburi. Hal ini kerana, melalui peningkatan tahap autonomi membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh : pengurusan organisasi, pengurusan instruksional , pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia. SMK Mak Lagam sepanjang usia penubuhannya telah mampu melahirkan produk pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Hampir seratus peratus pelajar lepasan SPM bermula tahun 2007-2010 telah berjaya menempatkan diri di institusi pendidikan awam di dalam negeri mahupun di luar negara. Diharapkan pemilihan SMK Mak Lagam sebagai sebuah sekolah Kluster Kecemerlangan dan SBT, mampu menghasilkan produk pelajar yang cemerlang dan berkaliber dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
SMK Mak Lagam sebagai sekolah Elit Negeri Terengganu juga mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta mampu menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sebagai salah sebuah Sekolah Elit Negeri Terengganu SMK Mak Lagam ialah sebuah sekolah yang cemerlang secara holistik dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri pelajar. Sekolah juga mempunyai kebitaraan akademik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang mana telah melonjakkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.
Saya berkeyakinan pemiilihan SMK Mak Lagam sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan diharapkan dapat menjadi model kepada sekolah yang berhampiran dan menjadi enabler kepada pembangunan pendidikan sekolah berhampiran. Budaya kerja berpasukan dan kerjasama erat bagai aur dan tebing antara warga sekolah dan pihak-pihak lain diharapkan akan dapat memastikan SMK Mak Lagam terus unggul dan berkembang maju dalam semua aspek yang diceburi.

PELAN TINDAKAN STRATEGIK/TAKTIKAL/OPERASI

1. Pendahuluan

Pada era ini, pendidikan yang cemerlang memang menjadi tanda aras untuk sesebuah sekolah. Dengan ini, Kerajaan telah memperuntuk sejumlah wang yang banyak bagi merealisasikan pendidikan selaras dengan kehendak masa kini iaitu pembangunan modal insan. Untuk memastikan pelaksanaan dan ’viable’, pelbagai pendekatan telah dicadangkan di antaranya ialah Pelan Pembangunan Sekolah atau School Development Planning. Selain itu, Kementeria Pelajaran telah melancarkan PIPP bagi mengawal sistem pendidikan berpusat. Untuk mereliasasikan matlamat tersebut, pihak Pengurusan Hal Ehwal Murid telah merangka beberapa strategi serta program bagi memenuhi tuntutan dan harapan pihak sekolah dalam menangani isu-isu yang berkaitan pelajar.. Diharapkan dengan adanya perancangan strategik serta program yang dirangka dan dijalankan akan memartabatkan diri pelajar setaraf dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

2. OBJEKTIF KECEMERLANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID:

· Melahirkan pelajar yang cemerlang tidak dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah juga cemerlang.
· Membangunkan modal insan yang berakhlak mulia dengan senantiasa mengamalkan
nilai-nilai murni.
· Warga sekolah yang dapat menghayati semangat patriotisme dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
· Melahirkan pelajar yang menyintai dan sayangkan sekolahnya dan sekaligus mengurangkan
gejala ponteng sekolah dikalangan murid.
· Memupuk nilai sayangilah diri sendiri khusus dari segi kesihatan untuk membanteras
kegiatan merokok dan penyalahgunaan dadah.
· Menjadikan asrama seperti rumah sendiri dengan menyayangi harta benda asrama seperti
barangan sendiri.


Perancangan strategik bertujuan :

1. Membolehkan sesebuah organisasi mengkaji persekitaran di mana ia wujud dan beroperasi
2. membolehkan organisasi meneroka faktor- faktor dan arah aliran yang akan memberi kesan terhadap peranan mereka
3. mampu memenuhi mandat dan misi organisasi
4. mampu mengenalpasti isu- isu strategik yang perlu ditangani
5. menjulang dan mengekalkan organisasi di tahap kegemilangan. Ini akan dapat dilakukan apabila perancangan strategik yang dibina adalah ”action oriented” serta dihubungkait dengan pelan taktikal dan pelan operasi.














Latar belakang Unit Hal Ehwal Pelajar

Pengurusan Hal-Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di SMK MAK LAGAM. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana pelajar-pelajar merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Oleh itu untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (Pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya pelajar-pelajar.







1. Fasa 2- Hala Tuju: Misi, Visi & Visi dan Misi Implisit

a. Visi Unit Hal Ehwal Murid
Melahirkan warga sekolah yang gemilang terbilang dalam pencapaian sahsian diri berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

b. Misi Unit Hal Ehwal Murid

Meningkatkan kecekapan dan kebekesanan aktiviti dalam membangukan modal insan berkualiti.

c. Piagam Pelanggan

Kami guru- guru penasihat Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam dengan penuh kesedaran dan dedikasi akan menjamin dan memastikan bahawa semua pelajar:

2.4.1 Berperibadi mulia, bijaksana dan berkebolehan di bidang jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.4.2 Memberi kasih sayang seadilnya kepada para pelajar dengan cara mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar.
2.4.3 Menjalin hubungan mesra dengan ibu bapa
2.4.4 Memupuk permuafakatan dengan masyarakat sekeliling dengan mengambil kira pelbagai budaya dan agama
2.4.5 Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pihak
2.4.6 Menjayakan pengurusan persekitaran yang mesra alam dan hijau

Pelan Tindakan Strategik / Taktikal / Operasi Kokurikulum

1.0 Pendahuluan

Dalam usaha bagi merealisasikan pendidikan dan pembangunan modal insan yang cemerlang, antara pendekatan dilaksanakan ialah menyediakan satu kerangka perancangan strategik untuk melaksanakan mandat kerajaan melalui penjelasan visi dan misi, menganalisa persekitaran, pemilihan fokus keutamaan, matlamt, petunjuk prestasi utama (KPI), penetapan sasaran, objektif, menjana strategi dan pelan pelaksanaan strategi.

Perancangan strategik bertujuan :

i. Membolehkan sesebuah organisasi mengkaji persekitaran di mana ia wujud dan beroperasi.
ii. Membolehkan organisasi meneroka faktor- faktor dan arah aliran yang akan memberi kesan terhadap peranan mereka
iii. Mampu memenuhi mandat dan misi organisasi
iv. Mampu mengenalpasti isu- isu strategik yang perlu ditangani
v. Menjulang dan mengekalkan organisasi di tahap kegemilangan. Ini akan dapat dilakukan apabila perancangan strategik yang dibina adalah ”action oriented” serta dihubungkait dengan pelan taktikal dan pelan operasi.

2.0 Dasar Kokurikulum
Membantu sekolah dalam menghasilkan pelajar yang sihat, proaktif, kreatif, berdisiplin, bersatu padu, mengamalkan budaya persaingan dan mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan sentiasa berusaha ke arah mencipta kejayaan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kurikulum.

Dasar ini akan dilaksanakan melalui :

i. Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib, (Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 {Akta 550}). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya (Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan jika kesalahan secara berterusan , maka apabila disabitkan sedemikian, sesaorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (Subseksyen 135(2) Akta 550)

ii. Setiap pelajar mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu satu gerak kerja pakaian seragam (Pasukan Badan Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.

iii. Penyertaan semua guru bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.

iv. Mengggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

v. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan FPK dan Perlembagaan Negara.

vi. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu, kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

v. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan atau memanfaatkan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat.


3.0 Visi Kokurikulum

Melahirkan warga sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kokurikulum berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi Kokurikulum

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program dan aktiviti kokurikulum sekolah dengan semua pihak secara kolaboratif.
5.0 Jawatankuasa Kokurikulum

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi III : Penolong Kanan HEM
Setiausaha Kokurikulum : Bahijah binti Ariffin
Penyelaras Kelab dan Persatuan : Samsiah binti Othman
Penyelaras Ko Akademik : Aimizai binti Md. Hanapiah
Penyelaras Pasukan Badan Beruniform : Nur Jannatul Naim binti Ismail
Penyelaras Kelab Sukan dan Permainan : Ahmad Shukri bin Abdullah
Setiausaha Sukan : Mohd Zahidin bin Hasan
Penolong Setiausaha Sukan : Tun Othman bin Tun Abu Bakar
: Junaidi bin Mohamad
Ahli Jawatankuasa Sukan : Arfizi bin Mohamad Ariffin
: Bahijah binti Ariffin
: Samsiah binti Othman
; Aimizai binti Md. Hanapiah
: Nur Jannatul Naim binti Ismail
: Ahmad Shukri bin Abdullah

Setiausaha Sistem Rumah : Asmawati binti Jalil

Guru Penasihat Kelab dan Persatuan

Persatuan Bahasa Melayu : Norhizam binti Ismail (K)
: Zaidi bin Embong
: Nooraini binti Kassaim

Persatuan Bahasa Inggeris : Wan Hanisah binti Wan Husin (K)
: Zabedah binti Mohd Sinin
: Norzah binti Muhamad
Persatuan Bahasa Arab / KKQ dan Agama : Roslina binti Seman (K)
Islam : Saudah binti Abd. Rahman

Persatuan Sains dan Matematik : Nur Rohayu binti Mamat (K)
: Khatijah binti Mamay
: Rita Zaharah binti Sulong

Persatuan Sejarah, Geografi, Kelab Alam : Noraaini Musa (K)
Sekitar & Rukun Negara : Siti Hajar Buhaira binti Idris
: Nor Azira binti Zainal Abidin

Persatuan Kemahiran Hidup : Noorashikin Md Salleh (K)
: Mohd Shafie bin Abd. Rashid

Kelab Usahawan dan Kewangan : Junaidi bin Mohamad (K)
: Arfizi bin Mohamed Ariffin

Kelab Koperasi dan Pengguna : Salfiza binti Samat (K)
: Farah Hana binti Abdullah
: Nur Jannatul Naim binti Ismail

Kelab Komputer : Mariam Zaini binti Muhamad (K)
: Nor Fazini binti Ibrahim

Kelab Kaunseling dan Kerjaya : Wan Nasrah binti Wan Jaafar (K)
: Ab. Razak bin Awang

Kelab Robotik, Aeronautik, Solar dan : Zaini binti Ahmad (K)
Rekacipta : Tun Othman Tun Abu Bakar



Kelab Perpustakaan dan Pusat Sumber : Nur Samhanim binti Abd. Jalil (K)
: Wan Mastura binti Wan Muda : Halizawati binti Zahari

Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform

Pergerakan Pengakap : Mariana binti Muda (K)
: Rozilawaty binti Abdullah
: Aimizai binti Md Hanapiah

Persatuan Bulan Sabit Merah : Nurul Asyikin binti Noorzeli (K)
: Suriani binti Awang
: Suriani binti Ya

Pergerakan Puteri Islam Malaysia : Latifah binti Ali (K)
: Khadijah binti Che Ros
: Normah binti Kassim

Kadet Remaja Sekolah : Affandi bin Sulong (K)
: Asmawati binti Jalil
: Raja Camsul Bariah binti Raja Kamrin
: Amizal binti Abdul Malik

Kadet Bomba : Ahmad Shukri bin Abdullah (K)
: Nur Jannatul Naim binti Ismail

Pandu / Renjer Puteri : Farah Najah binti Mohd Noordin (K)
: Norlelawaty binti Mohd
: Nur Hamizah binti Muda

Pancaragam Sekolah : Rosliza binti Awang (K)
: Noor Suhaily binti Abdul Wahab

Tae Kwon Do : A. Razak bin Awang


Guru Penasihat Kelab Sukan dan Permainan

Bola Sepak : Arfizi bin Mohamed Ariffin (K)
: Junaidi bin Mohamad

Bola Jaring P15 : Suriani binti Awang (K)
: Suzana binti Che Mamat
: Nurul Asyikin binti Noorzeli

Bola Jaring P18 : Nur Fazini binti ibrahim (K)
: Norzah binti Muhamad
: Raja Camsul Bariah binti Raja Kamrin

Bola Tampar (L) : Noor Suhaily binti Abdul Wahab (K)
: Suriani binti Ya
: Aimizai binti Md. Hanapiah

Bola Tampar (P) : Khadijah binti Che Ros (K)
: Noraaini binti Musa
: Rosliza binti Awang

Sepak Takraw : Zaidi bin Embong (K)
: A. Razak bin Awang

Ping Pong (L) : Normah bnti Kassim (K)
: Siti Hajar Buhaira binti Idris


Ping Pong (P) : Saudah binti A. Rahman (K)
: Roslina binti Seman

Bola Keranjang : Amizal binti Abdul Malik (K)
: Norhizam binti Ismail
: Farah Najah binti Mohd Noordin

Hoki : Norlelawati binti Mohd (K)
: Mariana binti Muda
: Affandi bin Sulong
: Ahmad Shukri bin Abdullah

Tenis (L) : Zabedah binti Mohd Sinin (K)
: Wan Hanisah binti Wan Husin

Tenis (P) : Asmawati binti Jalil (K)
: Nur Samhanim binti Abd. Jalil

Catur (L) : Rozilawaty binti Abdullah (K)
: Zaini binti Ahmad

Catur (P) : Khatijah binti Mamay (K)
: Mariam Zaini binti Muhamad

Bola Baling : Nur Hamizah binti Muda (K)
: Wan Mastura binti Wan Muda
: Nur Rohayu binti Mamat
: Latifah binti Ali

Petanque : Halizawati binti Zahari (K)
: Salfiza binti Samat
: Nur Jannatul Naim binti Ismail

Ragbi : Tun Othman bin Tun Abu Bakar

Olahraga & Merentas Desa : Farah Hana binti Abdullah (K)
: Noorasyikin binti Md Salleh
: Samsiah binti Othman
: Wan Nasrah binti Wan Jaafar
; Aimizai binti Md Hanapiah

Skuasy / Golf / Badminton : Majlis Sukan Sekolah







Guuru Penasihat Rumah

Setiausaha Sistem Rumah : Asmawati Abd. Jalil


Rumah Universiti Malaya (Biru)
Pengerusi : Nooraini binti Kassaim
Ketua : Wan Mastura binti Wan Muda
Ahli : Amizal binti Abd. Malik
: Latifah binti Ali
: Mariam Zaini binti Muhamad
: Zabedah binti Mohd Sinin
: Abd. Razak bin Awang
: Nur Rohayu binti Mamat
: Siti Hajar Buhaira binti Idris
: Noorasyikin binti Md Salleh
: Zaini biti Ahmad


Rumah Universiti Kebangsaan Malaysia (Kuning)
Pengerusi : Rita Zaharah binti Sulong
Ketua : Suriani binti Ya
Ahli : Khadijah binti Che Ros
: Noraaini binti Musa
: Salfiza binti Samat
: Zaidi bin Embong
: Wan Nasrah binti Wan Jaafar
: Rosliza binti Awang
: Nor lelawati binti Mohd
: Rozilawaty binti Abdullah : Halizawaty binti Zahari

Program Pembangunan Kurikulum 2010

A. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR
- Program Motivasi Secara Berkala
- Program Kelas Tambahan / Kem Mata Pelajaran
- Program Kerohanian / Pembinaan Insan

B. PROGRAM PEMBANGUNAN PANITIA MATA PELAJARAN
- Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
- Program Peningkatan Profesionalisme guru
- Pengurusan Bilik Khas Mata Pelajaran

C. PENGURUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH
- Analisa Peperiksaaan
- Pengurusan Bilik Peperiksaan
- Pengurusan E-Pantau Sekolah

D. PENGURUSAN JADUAL WAKTU SEKOLAH
- Penggunaan ICT

E. PROGRAM PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
- Program Nilam
- Pusat Sumber Bermaklumat
- Penggunaan Aplikasi ICT

Aktiviti Ko-Kurikulum

Tahun 2008

1. Mesyuarat :
1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum (3 x setahun)
1.2 Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan
1.3 Mesyuarat Agung Pasukan Badan Beruniform
1.4 Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Permainan
1.5 Mesyuarat Agung Rumah Sukan

2. Perjumpaan Mingguan :
2.1 Kelab dan Persatuan (12x)
2.2 Kelab Sukan dan Permainan (12x)
2.3 pasukan Badan Beruniform (18x)

3. Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Kokurikulum

4. Merentas Desa ‘ Tesmal Elite Challenge’

5. Sukantara

6. Kejohanan Olahraga Sekolah

8. Kursus Kepegawaian dan Pengurusan Sukan

9. Pertandingan Permainan Antara Rumah ‘Tesmal Universiti Games’ (TUG)

10. Hari Koperasi Sekolah

11. Majlis Apresiasi Kokurikulum

Pencapaian Ko-Kurikulum TESMaL

ANUGERAH (AWARDS )
TARIKH / TAHUN
PERINGKAT
PENCAPAIAN

1
MILO All Star International Junior Squash Tournament
24 – 29 Mei 2008
Antarabangsa
Penyertaan
2
2nd Malaysian and Asean School Linkage Programme- Pasukan Tarian, Gamelan, dan Kompang
17 Jun 2009
Antarabangsa
Persembahan Kebudayaan
3
Kejohanan Tempin Bowling MSSM
1 – 5 Mac 2005
Kebangsaan
Penyertaan
4
Kejohanan Tempin Bowling MSSM
12- 17 Mac 2006
Kebangsaan
Penyertaan
5
Kejohanan Catur MSSM
5 – 9 Jun 2006
Kebangsaan
Penyertaan
6
Kejohanan Boling Tempin MSSM
12 – 15 Mac 2007
Kebangsaan
Penyertaan
7
Toyota Eco Youth
7 – 10 Sept 2007
Kebangsaan
Penyertaan
8
Kejohanan Taekwando Kebangsaan ke – 32 & Kejohanan Remaja Kebangsaan ke - 32
18 – 19 Ogos 2007
Kebangsaan
Johan (Sparring) Kategori Feather WT (P)
9
Perkhemahan Integrasi KRS Peringkat Kebangsaan
26 Jul – 3 Ogos 2007
Kebangsaan
Penyertaan
10
Larian Jubli Emas Merentas Desa MSSM
1 Mac 2008
Kebangsaan
Penyertaan
11
Kejohanan Bola Keranjang MSSM
24 – 28 Mei 2008
Kebangsaan
Penyertaan
12
Kejohanan Skuasy Sportexcel/NSC/Milo Kebangsaan
8 – 11 Ogos 2008
Kebangsaan
Penyertaan
13
28th National Remaja Taekwando Championship
15 – 17 Ogos 2008
Kebangsaan
Pingat Perak
14
Pertandingan Rekacipta & Inovasi UMP
22 – 24 Ogos 2008
Kebangsaan
Anugerah Khas Kejuruteraan Elekrik & Elektronik
15
Kejohanan Golf MSSM
25 – 26 Mac
Kebangsaan
Penyertaan
16
Kejohanan Skuasy MSSM
18 – 22 Ogos
Kebangsaan
Penyertaan
17
Perkhemahan Pasukan KRS & NGO Peringkat Kebangsaan
20 – 26 April 2008
Kebangsaan
Penyertaan
18
Kejohanan Skuasy Sport Excell/NSC/MILO Junior Circuit
7 – 9 Mei 2009
Kebangsaan
Penyertaan
19
Kuiz Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad
10 – 12 Ogos
Kebangsaan
Separuh Akhir
20
Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah
30 OKT – 1 Nov
Kebangsaan
Johan Kategori Projek Koperasi
Anugerah Guru Pembimbing Terbaik

TESMAL

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

2008
ANUGERAH PENGURUSAN KURIKULUM TERBAIK NEGERI TERENGGANU
ANUGERAH PENGURUSAN BOSS TERBAIK NEGERI TERENGGANU
ANUGERAH PENGURUSAN TANDAS TERBAIK (SM) NEGERI TERENGGANU
ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULIM TERBAIK DAERAH KEMAMAN
JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS DAERAH KEMAMAN
JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PENGAKAP DAERAH KEMAMAN

2007
ANUGERAH PENGURUSAN KURIKULUM TERBAIK NEGERI TERENGGANU
JOHAN IKLIM PENYUNGGUHAN AKADEMIK JPNT
ANUGERAH PENGURUSAN KANTIN TERBAIK NEGERI TERENGGANU
ANUGERAH PENGURUSAN BILIK KESIHATAN TERBAIK NEGERI
ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULUM TERBAIK DAERAH KEMAMAN
ANUGERAH PENGURUSAN KOPERASI TERBAIK DAERAH KEMAMAN
ANUGERAH PENGURUSAN MAKMAL SAINS TERBAIK DAERAH KEMAMAN
ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULUM TERBAIK DAERAH KEMAMAN

2006
SEKOLAH HARAPAN NEGARA
ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK PMR
JOHAN IKLIM PENYUNGGUHAN AKADEMIK JPNT
ANUGERAH PENGURUSAN BENGKEL KHB TERBAIK NEGERI
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG PENGURUSAN KURIKULUM NEGERI
ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULUM TERBAIK DAERAH KEMAMAN
ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULUM TERBAIK DAERAH KEMAMAN

2005
ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK PMR
JOHAN IKLIM PENYUNGGUHAN AKADEMIK JPNT